Thursday, 31 January 2013

Hey Girl! : Mahkota anda dimana?

Assalamualaikum w.b.t

Mahkota?. In english, crown. So? Ramai cakap mahkota seorang perempuan itu rambutnya. Tahu tak korang yang mahkota seorang wanita sebenarnya adalah faraj. Do you really care about it?  Read this if you  totally appreciate your asset. bhahahaha.

     Dioksin? Have you ever heard dioxin? Percaya tak kalau aada kata tuala wanita yang kita pakai setiap masa bila period datang merupakan sampah sarap yang kita buang pada setiap hari? Korang mesti nak tahu kan apa itu dioksin dan macam manalah tuala wanita tu diproses. (cur citer..cur citer..haha) Dioksin merupakan satu bahan penyebab kanser terkandung dalam tuala wanita yang wanita pakai selama ini. 

     Dari mana dioksin datang? Dari kertas buangan, agen pelunturan yang berkasinogen, agen fluoresen dan sebagainya. Semua benda ni merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita pakai buang di pasaran. Kertas buangan tu termasuklah kertas kitaran semula,  kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah menyembunyikan bakteria serta kuman yang merbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksik yang dinamakan Dioksin akan dihasilkan dalam proses perlunturan berklorin itu tadi. Setelah proses tersebut selesai, maka terhasilah produk pakai buang seperti tuala wanita dan lampin pakai buang (utk bayi dan warga emas).

     Tak cukup menggelikan lagikah kawan-kawan?? kalau belum cukup, ini ada lagi nok kabo sikit kat mung (haha..pekat molek ganu). Kesan ketoksidan Dioksin amat-amat kuat. Dioksin adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding arsenik selain ia digelar sebagai “Toksin Yang Paling Kuat” pada zaman kini. Sedikit fakta dari Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengkelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan bahawa jumlah bakteria amat tinggi dalam tuala wanita sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa! Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah sekalipun, ia masih berupaya menyebabkan KANSER PAYUDARA, KANSER USUS, ENDOMETRIOSIS, KANSER OVARI, KEMANDULAN, KEGUGURAN, dan SAKIT PUAN yang lain. Ada yang tanya, kalau dah memang kandungan pad biasa tu bahaya, kenapa masih ada di pasaran? dengan senang hati aada akan kata, cuba kita tengok pengeluaran rokok. Dah memang terang bahaya tapi masih lagi dijual. Semuanya bergantung kepada kita sebagai pengguna untuk membezakan yang mana baik atau buruk.

     Jadi sekarang korang tak rasa takut lagi ke? Kenapa kita masih belum sedar dan belum bersedia untuk lakukan perubahan dalam hidup kita? Sebab, penyakit-penyakit tu belum terkena diri sendiri lagi. Perlu ke kita tunggu semua tu? Orang kampung saya cakap, ‘prevention is better than cure’. Betul kalau korang cakap, kalau dah takdir korang kena penyakit tu, tapi tak salah kalau kita mencegah sebelum terkena. Betul tak? Mungkin dengan cara ini boleh melambatkan proses terkena penyakit-penyakit tersebut. Sampai bila kita nak bagi racun pada mahkota kita tu kawan-kawan. Orang cakap, kalau tak ada buah pinggang boleh dapatkan penderma. Tapi kalau dah kena buang ovari atau rahim? Siapa nak derma kak?. Memang tak boleh la.

     So, sekarang aada nak beritahu yang  tuala wanita 100% kapas dah belambak kt pasaran. Setakat ini yang paling best giller bagi aada adalah brand FC biosanitary pad dari AVAIL. Kalau nak stok blh contact aada ye! (sempat lagi promote). Tak kira la jenama apa yang penting kapas. Sedikit petikan maksud hadis aada dapatkan di Blog Ummu Abdillah (Fiqh Hadis: Haid dan Istihadhah)

     Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad, Daruquthni, al-Hakim. Al-Tirmizi dan al-Bukhari menghasankan hadis ini [Lihat : Sunan al-Tirmizi] Dari Hamnah bint Jahsy, dia berkata : Aku ditimpa istihadhah sangat banyak bilangan harinya dan sangat banyak aliran darahnya, lalu aku menemui Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam untuk meminta fatwa dan memberitahunya, lalu aku dapati Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berada di rumah saudaraku Zainab bint Jahsy. Aku berkata : Wahai Rasulullah! Aku adalah seorang wanita yang telah ditimpa istihadhah yang banyak (hari & alirannya), maka apa pendapat engkau mengenainya, ia telah menahanku dari solat dan puasa. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Gunakanlah kapas, ia boleh memberhentikan darah dari mengalir.” 

     Kapas memang baik dari segi serapan. Ya, memang mahal tapi kalau nk banding dgn kos rawatan atau pembedahan bila terkena penyakit yang tak diingini tu.Mampukah kita? ribu riban tao!. nak jimat blh bli bundle terus. Dah tak pyah sengaja keluar rumah sbb nak beli roti kering tu setiap bulan..haha..Cuba korang banding kapas muka yang korang pakai untuk remove makeup tu, baru sebungkus dah lebih kurang RM4 yang brand mahal sikit. Ternyata kapas memang mahal tapi kalau kena pakai sampah sarap pd tempat tu korang setuju ke?. Memang la ada yang murah tapi kasar sikit la untuk kulit muka korang yang mulus tuh. 

     Fuhh..Ikutkan hati memang nak story lagi kat korang biar takut sampai bergegar kepala lutut tu tapi cukup la setakat ini dulu. Kalau respon dari korang terbaik! Saya cerita lagi pasal kanser-kanser yang jadi pembunuh utama wanita hari ini. Saya tahu la.kalau nak harap kita-kita ni baca majalah dan buat carian pasal kanser dan penyakit-penyakit yang ada sekarang ni, memang semua susah. Ye lah. Assignment bertingkat-tingkat kan.. Finally, i hope uols bertukarlah kepada tuala wanita yang lebih selamat. Ini adalah pelaburan kita untuk masa hadapan. Jika ada terkasar bahasa tu minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki lah ya. Segala yang buruk tu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Semoga wanita hidup sihat sentiasa! Aaminn.. Bukankah disebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang wanita dibelakangnya..aiyyy..sempat lagi.. 


Wednesday, 30 January 2013

Heart says



Every times we pray,
With no proof anyone could hear,
but they barely understood,
Unfortunately no changes.

Hinge on Allah the almighty
could give you prodigious result, 
still the sobbing makes noise,
why? because they don't believe in Allah.


When we believe,
No afraid yet we know there's much to fear,
Because He knew that we could,
There can be miracles when you believe.
Only Allah know what miracles you can achieve.
Subhanallahwahamdulillahwalailahailallahwallahuakbar!
Goodnight&Assalamualaykum~