Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur sangat kepada Allah swt kerana telah diberi kesempatan untuk berpuasa pada 1 Ramadan 1434 tahun ini. Dipanjatkan kesyukuran kerana berada di bumi Malaysia yang aman damai hari ini namun tidak dilupakan kepada saudara saudara Islam di negara negara yang sedang bergolak dan yang dibelenggu masalah kebuluran seperti Rohingya, Africa, Pakistan, Iraq, Afghanistan dan yang terkini Syria dan Mesir. Subhanallah sungguh menderita nasib mereka disana. Sesungguhnya dugaan Allah itu sememangnya menjanjikan kemenangan buat Islam kerana janji Allah itu pasti. Kun! fayakun!. Ampun dan maaf kerana tidak mampu berjuang bersamamu menegakkan kebenaran. Kekuatan apakah yang Allah beri pada kamu sehingga kamu tidak gentar berhadapan dengan letupan bom dan peluru yang seringkali memuntahkan darah syahidmu. Allahuakbar. Aada tak punya wang yang banyak apatah lagi harta.Hanya doa yang dapat dititipkan agar para malaikat sentiasa mengiringi setiap langkah perjuanganmu wahai pejuang islam.
Puasa tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun tahun lepas kerana isu isu yang menjadi polemik saban hari sangat memberi impak kepada Aada supaya lebih banyak berfikir sejenak tentang makna hidup di muka bumi Allah ini. Mungkin juga kerana diri ini terasa sudah matang untuk berfikir soal dunia bukan hanya memikirkan diri sendiri lagi. Ya. Adik adik yang masih kecil yang masih tidak mengerti perjuangan hidup harus diberitahu perihal sejagat supaya mereka tidak leka dengan arus modenisasi yang semakin meruntuhkan akhlak. Bukan suruh baca surat khabar dan artikel artikel yang sarat dengan ideologi tapi cukup dengan perkongsian gambar gambar yang banyak terdapat di laman facebook kini. Sedikit sebanyak mampu memberi pencerahan buat mereka agar tidak lagi mengeluh dengan nasib yang menimpa keluarga. Aada bukanlah dari keluarga yang senang (bagi siapa yang tahu masalah yang Aada hadapi). Tanggungjawab untuk menyebarkan perkara sebegini dirasakan perlu supaya mereka sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat yang diberi Allah swt. Jadi, puasa kali ni, berazam tak nak beli makanan yang mengarut sampai satu masa tak sedap dan buang. Membazir itu amalan syaitan.
Sedih dan sayu tengok gambar ni. Kita makan roti dengan jem tapi mereka makan roti dengan darah. Apa lagi yang kita mahu?
Ada satu hari kami sekeluarga kekurangan beras dan tahu masa tu umi kekurangan wang. Aada guna beras yang ada untuk buat bubur. Keluarga kami sememangnya terbiasa macam ini kalau dah tengah tengah bulan, jadi tiada apa yang pelik tapi Ayi adik lelaki bongsu Aada lain sikit. Dia agak gempal dan kuat makan. Dia cuba merungut tapi Aada cuba sedarkan dia.
Ayi : malam ni makan apa?
me : makan bubur je ayi. bubur ayam.
Ayi : bubur!! malas makan! ayi tak suka bubur.
me : Ayi, belajar besyukur kita dapat makan nasi. Kat Syria sekarang orang kena tembak .makan roti berkulat. Kita hujan rahmat tapi kat sana hujan peluru ayi. Jangan macam ni, tak baik.
Kadang kadang dipaksa dirinya untuk tak makan dan hanya makan roti malam tu tapi ada juga hari yang dia makan sampai berpinggan pinggan. Tak apalah Ayi, hidup ni bukan untuk makan tapi kita makan untuk hidup. Semoga adik kakda sedar satu hari nanti.
Alhamdulillah, ummi tak pernah mengajar kami bermewah dalam bab makan. Kadang kadang nasi panas dengan ikan goreng + sambal belacan pon jadi hidangan mewah bagi kami sekeluarga. Mereka yang punya nikmat makan sahaja yang tahu kenikmatan tu sebab Allah ni maha Adil. Makanan yang mewah dan sedap seperti dihotel terkadang membuatkan kita letih sebab makan terlalu banyak. Juadah yang pelbagai rasa yang kita sumbat kedalam mulut tu sampaikan buat kita tidak tahu yang mana satu yang benar benar lazat. Kenyang atau terlebih kenyang? Ternyata kepuasan tu berbeza dan inilah yang dikatakan sebagai nikmat. Nikmat Allah beri tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tapi kesyukuran yang tinggi kepadaNya mampu mencapai nikmat itu. Sama juga seperti naik turun iman seseorang. Jika iman seseorang itu tinggi maka dia mendapat kelazatan beribadah dari Allah swt.
seperti firman Allah swt:
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."
[Surah 2: Al-Baqarah, Ayat 45-46]
Justeru itu, (pergghh justeru) kita perlu belajar untuk mendapat khusyuk dalam solat dan bersabar didalam beribadah supaya kita dapat rasa kelazatan beribadah daripada Allah swt. Manusia itu tak sempurna dan buat banyak kesilapan dan dosa tapi tak mengapa, sesungguhnya Allah itu maha Pengampun.
Aada harap, perkongsian ini bermanfaat untuk semua di bulan yang mulia Ramadan ini. Aada doakan agar seluruh ahli keluarga dan sahabat sahabat tersayang dan juga diri Aada sendiri agar diberi hidayah Allah dan mendapat keberkatan berpuasa dibulan Ramadan ini. Semoga Allah tidak menarik nikmat yang telah diberikan kepada kita. Panjatkan juga doa buat pejuang pejuang islam serta para syahid dan syahidah yang telah pergi mengadap Ilahi dimana mereka telah berjuang demi Islam dan mati dijalan Allah. Sememangnya itu yang menjadi cita cita setiap muslim yang beriman. Tak lupa juga buat mereka yang telah pergi ke pangkuan penciptanya, arwah cik As, arwah cik jah, arwah pak ngah muni, arwah pakcik khalid (ayah ZK), arwah tok mat & tok mek, dan arwah atuk. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al-Fatihah.
Selamat menyambut bulan Ramadan!!
p/s: sambung tido kejap.hehe
Selamat menyambut bulan Ramadan!!
p/s: sambung tido kejap.hehe
love&care,
Adawiyah <3





