Assalamualaikum w.b.t
Mahkota?. In
english, crown. So? Ramai cakap mahkota seorang perempuan itu rambutnya. Tahu
tak korang yang mahkota seorang wanita sebenarnya adalah faraj. Do you really
care about it? Read this if you totally appreciate your asset.
bhahahaha.
Dioksin? Have you ever heard dioxin? Percaya tak kalau aada kata
tuala wanita yang kita pakai setiap masa bila period datang merupakan sampah
sarap yang kita buang pada setiap hari? Korang mesti nak tahu kan apa itu
dioksin dan macam manalah tuala wanita tu diproses. (cur citer..cur
citer..haha) Dioksin merupakan satu bahan penyebab kanser terkandung dalam
tuala wanita yang wanita pakai selama ini.
Dari mana dioksin datang? Dari kertas buangan, agen pelunturan yang
berkasinogen, agen fluoresen dan sebagainya. Semua benda ni merupakan bahan
mentah yang memproses tuala wanita pakai buang di pasaran. Kertas buangan tu
termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu
yang telah menyembunyikan bakteria serta kuman yang merbahaya. Kertas dan pulpa
kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis
toksik yang dinamakan Dioksin akan dihasilkan dalam proses perlunturan
berklorin itu tadi. Setelah proses tersebut selesai, maka terhasilah produk
pakai buang seperti tuala wanita dan lampin pakai buang (utk bayi dan warga
emas).
Tak cukup menggelikan lagikah kawan-kawan?? kalau belum cukup, ini ada
lagi nok kabo sikit kat mung (haha..pekat molek ganu). Kesan ketoksidan Dioksin
amat-amat kuat. Dioksin adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding
cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding arsenik selain ia digelar
sebagai “Toksin Yang Paling Kuat” pada zaman kini. Sedikit fakta dari Pusat
Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengkelaskan Dioksin sebagai karsinogen
(bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Persatuan pengguna Pulau Pinang (CAP)
menyatakan bahawa jumlah bakteria amat tinggi dalam tuala wanita sehingga 10
kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa! Kajian perubatan membuktikan
bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah sekalipun, ia masih
berupaya menyebabkan KANSER PAYUDARA, KANSER USUS, ENDOMETRIOSIS, KANSER OVARI,
KEMANDULAN, KEGUGURAN, dan SAKIT PUAN yang lain. Ada yang tanya, kalau dah
memang kandungan pad biasa tu bahaya, kenapa masih ada di pasaran? dengan
senang hati aada akan kata, cuba kita tengok pengeluaran rokok. Dah memang
terang bahaya tapi masih lagi dijual. Semuanya bergantung kepada kita sebagai
pengguna untuk membezakan yang mana baik atau buruk.
Jadi sekarang korang tak rasa takut lagi ke? Kenapa kita masih belum
sedar dan belum bersedia untuk lakukan perubahan dalam hidup kita? Sebab,
penyakit-penyakit tu belum terkena diri sendiri lagi. Perlu ke kita tunggu
semua tu? Orang kampung saya cakap, ‘prevention is better than cure’. Betul
kalau korang cakap, kalau dah takdir korang kena penyakit tu, tapi tak salah
kalau kita mencegah sebelum terkena. Betul tak? Mungkin dengan cara ini boleh
melambatkan proses terkena penyakit-penyakit tersebut. Sampai bila kita nak
bagi racun pada mahkota kita tu kawan-kawan. Orang cakap, kalau tak ada buah
pinggang boleh dapatkan penderma. Tapi kalau dah kena buang ovari atau rahim?
Siapa nak derma kak?. Memang tak boleh la.
So, sekarang aada
nak beritahu yang tuala wanita 100% kapas dah belambak kt pasaran.
Setakat ini yang paling best giller bagi aada adalah brand FC biosanitary pad
dari AVAIL. Kalau nak stok blh contact aada ye! (sempat lagi promote). Tak kira
la jenama apa yang penting kapas. Sedikit petikan maksud hadis aada dapatkan di Blog
Ummu Abdillah (Fiqh Hadis: Haid dan Istihadhah).
Diriwayatkan oleh Abu
Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad, Daruquthni, al-Hakim. Al-Tirmizi dan
al-Bukhari menghasankan hadis ini [Lihat : Sunan al-Tirmizi] Dari Hamnah
bint Jahsy, dia berkata : Aku ditimpa istihadhah sangat banyak bilangan harinya
dan sangat banyak aliran darahnya, lalu aku menemui Rasulullah shallallahu
‘alayhi wa sallam untuk meminta fatwa dan memberitahunya, lalu aku dapati
Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berada di rumah saudaraku Zainab bint
Jahsy. Aku berkata : Wahai Rasulullah! Aku adalah seorang wanita yang telah
ditimpa istihadhah yang banyak (hari & alirannya), maka apa pendapat engkau
mengenainya, ia telah menahanku dari solat dan puasa. Lalu Rasulullah
shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : “Gunakanlah kapas, ia boleh memberhentikan
darah dari mengalir.”
Kapas memang baik
dari segi serapan. Ya, memang mahal tapi kalau nk banding dgn kos rawatan atau
pembedahan bila terkena penyakit yang tak diingini tu.Mampukah kita? ribu riban
tao!. nak jimat blh bli bundle terus. Dah tak pyah sengaja keluar rumah sbb nak
beli roti kering tu setiap bulan..haha..Cuba korang banding kapas muka yang
korang pakai untuk remove makeup tu, baru sebungkus dah lebih kurang RM4 yang
brand mahal sikit. Ternyata kapas memang mahal tapi kalau kena pakai sampah
sarap pd tempat tu korang setuju ke?. Memang la ada yang murah tapi kasar sikit
la untuk kulit muka korang yang mulus tuh.
Fuhh..Ikutkan hati
memang nak story lagi kat korang biar takut sampai bergegar kepala lutut tu
tapi cukup la setakat ini dulu. Kalau respon dari korang terbaik! Saya cerita
lagi pasal kanser-kanser yang jadi pembunuh utama wanita hari ini. Saya tahu
la.kalau nak harap kita-kita ni baca majalah dan buat carian pasal kanser dan
penyakit-penyakit yang ada sekarang ni, memang semua susah. Ye lah. Assignment
bertingkat-tingkat kan.. Finally, i hope uols bertukarlah kepada tuala
wanita yang lebih selamat. Ini adalah pelaburan kita untuk masa hadapan. Jika
ada terkasar bahasa tu minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki lah ya.
Segala yang buruk tu datang dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah
SWT. Semoga wanita hidup sihat sentiasa! Aaminn.. Bukankah disebalik kejayaan
seorang lelaki berdiri seorang wanita dibelakangnya..aiyyy..sempat lagi..
